Salam.
8.00 a.m
Enset bergetar kat atas meja dengan getaran hebat, tak pasti berapa lama dah bergegar, yang penting boleh buat orang tidur terjaga. Cahya yang masih diulit mimpi indah di atas sofa bersebelahan bangun terkejut beruk lantas mencapai Sony Ericsson Hazel dalam genggaman. Tido kat atas sofa bajet tak mahu terlajak lama tidur lepas sembahyang subuh lah selalunya. Tapi apakn daya sampai sekarang Cahya tak terasa perbezaan sama ada tidur dalam bilik ataupun terlentang atas sofa.
Abah : Uiiiiiiih (lebih panjang dari ne kot), bangunlah!
Cahya : Ermm, sejuk bah. (mengeliat gaya senam aerobik ler)
Free2 kena cuci telinga oleh abah, pergh, trus minta maaf. Hari Bapa kan tak lama lagi. Kenalah baik2.
Okey habis dah intro. Hee. Tadi abah Cahya suruh antar nombor kad pengenalan and also Cahya punya no. surat beranak. Kenapa? Soalan tuh masih berlegar sampai sekarang. Nak di tanya tak sampai hati, eiseh. Beberapa hari ne cuaca setiap pagi sejuk berabis pulak kan. Anginnya kencang, Cahya yang tinggal kat tingkat paling atas flat ne lagilah menggerunkan. Ada kang rasa getaran juga flat bergoyang-goyang. Sebelum tuh Cahya nak minta maaf lah kat mika2 suma, kot2 flat ne tumbang ke tetiba. Ya lah ajal dan mati kat tangan Tuhan, tak bleh lambat pun walau sesaat.
"The man who decided to change at the 12th hour dies on 11th"
Petikan 100% dari novel Hlovate. Cahya still masih membaca, hari ne bajet boleh habis kot. Lepas tuh free! Kononlah. Next entri kita borak pasal novel Hlovate plak ye. Ne video yang ada dalam novel latest dia Contengan Jalanan. Sepa yang tahu buku tuh mesti mendambakan video ne, tak sangka pula memang betul2 wujud pula video ne. Alhamdulillah, bila baca buku Hlovate, terasa dada lebih berisi. Lagi satu, tak baik sebenarnya tidur selepas subuh, orang kata tak masuk rezeki, makanya jangan tidur selepas subuh. Tuhan, tolong aku!
Uuhh. Teringin mau cari buku dia ni. Belum baca lagi. :(
ReplyDeletesaya pun selalu tidur lepas subuh.. tak baik sbnrnya sbb waktu bagi2 tu la pintu rezeki terbuka ;')
ReplyDeleteNasib abah, kalau sapa2 yg bangunkan aku awal pagi memang merasalah kuliah pagi dari aku hehe.
ReplyDelete@Fadzmie Mohamad
ReplyDeleteBeli jangan tak beli. Hehe.
@amna
ReplyDeleteembah apa lagi. jum berkempen tak mau tido slepas subuh. hehe
@SimplySeoul
ReplyDeletehaha. tulah nasib abah kan. hihi.
Belom baca lagi.. bagus sepertinya beli kat mana..?
ReplyDelete@Kamal Hayat
ReplyDeleteBeli di Popular, sekarang catakan keempat dah tuh. Banyak dah kuar kat popular.